Dimaklumkan bahawa, SK Kg Minyak akan bercuti mulai 15 Julai 2015, Rabu sehingga 21 Julai 2015, Selasa bersempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia yang dijangka jatuh pada 17 Julai 2015, Jumaat bersamaan 1 syawal 1436 H.
Sebagai peringatan, cuti pada 15 Julai 2015, Rabu adalah cuti berganti dan akan digantikan pada 22 Ogos 2015, Sabtu selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 8 Tahun 2015 bertarikh 29 Jun 2015 dan Surat MaklumanJabatan Pendidikan Negeri Sabah. Bagi cuti perayaan pada 20 dan 21 Julai 2015 telah diganti oleh pihak sekolah pada 9 dan 23 Mei 2015 manakala 16 Julai 2015 adalah cuti peristiwa yang telah diambil oleh pihak sekolah. Justeru, ibubapa / penjaga murid SK Kg Minyak perlu ambil perhatian berkenaan sesi persekolahan dan cuti sepanjang tempoh tersebut. Sekian dimaklumkan.
0 Comments
Dimaklumkan kepada semua ibubapa / penjaga murid-murid SK Kg Minyak, satu mesyuarat PIBG bilangan 1/2015 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 5 Mei 2015 Masa : 2 petang Tempat : Bilik Informasi SKKM Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan melalui anak jagaan tuan/puan msing-masing. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan. Sekian dimaklumkan. Makluman kepada semua ibubapa/penjaga murid-murid SK Kampung Minyak,
Satu dialog prestasi bersama ibubapa deengan pihak sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 7April 2015, Selasa Masa: 9.00 pagi Tempat : Bilik Gerakan SKKM Diharap, ibubapa dapat menghadirkan diri untuk sama-sama mempertingkatkan prestasi pencapaian anak-anak kita. Sekian. |