Latar Belakang (Sejarah) Sekolah Kebangsaan Kampung Minyak telah dibina pada tahun 1969. Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 1hb Januari 1970 dengan dua orang guru iaitu Cikgu Yakup Abdul Hamid sebagai guru besar dan Cikgu Zainal Dulang sebagai guru biasa. Sebelum adanya bangunan sekolah ini murid-murid terpaksa berulang alik sejauh 4 km dari Kampung Minyak ke Pekan Sikuati untuk bersekolah di SK Sikuati Kudat.
Sekitar tahun 1970an, sekolah ini hanya mempunyai satu bangunan yang menempatkan sebuah bilik guru dan dua buah bilik darjah yang menampung murid seramai 76 orang ketika itu. Tapak bangunan sekolah ini asalnya adalah tanah milik persendirian iaitu tanah milik YAB Tun Datu Hj. Mustapa bin Datu Harun. Beliaulah yang telah membenarkan bangunan sekolah ini dibina di atas tapak tanah yang berkeluasan kira-kira 5 ekar. Pada tahun 1987 sekolah ini telah mendapat tapak baru seluas 5 ekar yang diluluskan oleh Jabatan Tanah Dan Ukur. Walau bagaimanapun pembinaan bangunan baru di atas tapak baru tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan peruntukan pada masa itu. Pada 29hb Mac 1992 satu kejadian buruk telah menimpa SK Kg Minyak dan bangunan sekolah telah musnah dijilat api. Dalam peristiwa malang tersebut kesemua harta sekolah musnah dan tiada satu harta yang dapat diselamatkan. Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada kebakaran kawasan hutan sekeliling sekolah yang merebak hingga ke bangunan sekolah akibat musim kemarau yang panjang pada masa itu. Sementara menunggu bangunan baru, murid-murid meneruskan sesi pembelajaran dengan menumpang di Balai Raya Kampung Minyak yang dijadikan kelas sementara . Pada pertengahan bulan Jun 1992, bangunan sekolah baru telah siap dibina di atas tapak baru yang berkeluasan 5 ekar iaitu kira-kira 2 km dari tapak sekolah lama. Bangunan sekolah baru ini dibuat daripada kayu yang mempunyai 3 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Sekolah ini juga disertakan bersama bangunan rumah guru iaitu rumah berkembar sebanyak 1 unit. Pada tahun 2000, sekolah ini sekali lagi diberi peruntukan membina sebuah bangunan konkrit yang menempatkan 3 buah kelas dan sebuah bangunan konkrit rumah guru. Pada tahun 2007, SK Kg Minyak memiliki 6 buah kelas dan lima daripadanya telah diubah suai untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2013 pula, bangunan baru bagi menempatkan Pra-Sekolah telah dibina. Dengan pembinaan fasiliti untuk Pra-Sekolah, pendidikan awal kanak-kanak dapat dinikmati oleh anak-anak komuniti Kg Minyak mulai tahun 2014. Sehingga kini, SK Kg Minyak memiliki sebuah ruang pejabat pentadbiran, sebuah ruang bilik guru, 6 buah kelas, sebuah bilik pemulihan, dan bilik gerakan yang kebanyakannya telah diubah suai selain kelas pra-sekolah dan bangunan rumah guru. -admin |
NEGARAKUNegaraku
Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta SABAH TANAH AIRKUSabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta, Pemuda-pemudi semua marilah, Bangunlah bersatu semua. Marilah bersama serta maju jaya, Merdeka sepanjang masa, Bersatu segala bangsa sentosa, Sabah negeri merdeka. Klik Untuk Mendengar Lagu SekolahSekolah kami SK Kampung Minyak
.... |