PERLEMBAGAAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MINYAK, KUDAT
Akta Pendidikan 1996
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 P.U.(A) 118
[Sub Peraturan 7(2)]
Nama dan Alamat
1. Persatuan ini dikenal dengan nama:
Persatuan Ibu Bapa - Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Minyak (ringkasnya PIBG SKKM).
a) Logo yang diguna pakai bagi persatuan ini adalah;-
b) Motto Persatuan:
”IBU BAPA & GURU MODEL INSAN TELADAN PENERAJU KEJAYAAN MURID”
2. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini ialah:-
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MINYAK,
d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUDAT,
PETI SURAT 319, 89058 KUDAT, SABAH.
Tujuan-tujuan Persatuan
3. Tujuan-tujuan persatuan ialah:
(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam SKKM dalam meningkatkan imej SKKM;
(b) Untuk membantu dan menambah usaha SKKM dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam SKKM bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam SKKM berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam SKKM untuk berusaha menambah kewangan SKKM dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan dan pembelajaran.
4. Matlamat-matlamat persatuan ialah:
(a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka;
(b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu; dan
(c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.
Fungsi Persatuan
5. Fungsi persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:-
(a) Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan mereka;
(b) Menambah sumber kewangan SKKM bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di SKKM;
(c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara SKKM dengan masyarakat setempat; dan
(d) Meningkatkan keceriaan premis SKKM supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Keanggotaan Persatuan
6. Anggota persatuan terdiri daripada:
(a) Semua guru di SKKM;
(b) Ibu bapa atau penjaga kepada murid yang belajar dalam SKKM; dan
(c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan; dan
7. Guru Besar SKKM hendaklah menjadi anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan.
Jawatankuasa Persatuan
8. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai "Jawatankuasa PIBG". jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota persatuan pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan.
9. Anggota jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja
10. Keangotaan jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut:-
(a) Seorang Yang Di-Pertua (YDP);
(b) Seorang Naib Yang Di-Pertua (NYDP);
(c) Seorang Setiausaha;
(d) Seorang Naib Setiausaha;
(e) Seorang Bendahari; dan
(f) Sebelas (11) orang Ahli Jawatankuasa
11. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai jawatankuasa PIBG hendaklah seboleh-bolehnya seimbang.
12. Guru Besar SKKM tidak menganggotai jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan,
13. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 11(f) hendaklah 1 hingga 11 orang.
14. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di SKKM tersebut) yang tidak mempunyai anak di sekolah itu hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.
15. Tertakluk kepada perenggan 13 perlembagaan ini dan sub peraturan 6(4) hingga (6) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.
16. Tempoh memegang jawatan dalam jawatankuasa PIBG adalah selama 2 tahun bermula dari tarikh perlantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada 2 tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh Pendaftar.
17. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di-Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
18. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh mesyuarat Agung Tahunan.
Fungsi Jawatankuasa PIBG
19. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(a) Yang Di-Pertua
i) Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat jawatankuasa PIBG dan mesyuart Agung Tahunan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat.
ii) Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila diluluskan.
iii) Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran persatuan serta memastikan bahawa peruntukan perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota persatuan
iv) Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang Di-Pertua
v) Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Guru Besar.
vi) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan
vii) Memastikan segala aktiviti dan program persatuan dari masa ke masa daripada Guru Besar selaku Penasihat Persatuan.
viii) Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari semasa ke semasa daripada Guru Besar selaku Penasihat Persatuan.
(b) Naib Yang Di-Pertua
i) Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua
ii) Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
(c) Setiausaha
i) Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan
ii) Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
iii) Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan.
iv) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.
v) Menghantar segala laporan dan aktiviti persatuan dan minit Mesyuarat Agung Tahunan kepada Pendaftar atau Pegawai Pendidikan Daerah, selepas mesyuarat Agung Tahunan.
vi) Menandatagani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan, jika perlu.
(d) Bendahari
i) Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira kewangan yang kemas kini. Penyata Kira-kira Kewangan ( 1 Januari hingga 3 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 februari tahun berikutnya untuk di audit. Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan. Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuart berkenaan.
ii) Menguruskan perbelanjaan wang persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG.
iii) Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan pada perenggan 41 dalam perlembagaan ini, pada sesuatu masa.
iv) Menerima bagi pihak persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akaun terima dan dikreditkan ke dalam akaun persatuan pada hari yang sama.
v) Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang persatuan
vi) Memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dari akaun persatuan , akaun sentiasa berbaki kredit.
Jawatan-jawatan Lain
20. Penasihat Persatuan
(a) Guru Besar adalah anggota ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan persatuan. Antara Tanggungjawab dan fungsi Guru Besar adalah seperti berikut:
i) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;
ii) Mewakili pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan pendidikan, dasar-dsar negara dan dasar-dsar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah;
iii) Berhak untuk menghenti dan menangguhkan mesyuarat persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota persatuan;
iv) Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yanag akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan Tergempar.
v) Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan sekolah dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam semua mesyuarat persatuan;
vi) Memastikan kegiatan persatuan selaras dengan tujuan dan fungsi persatuan;
vii) Memastikan sumbangan persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan
viii) Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Persatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.
21. Juru Audit Dalaman
(a) Persatuan hendaklah melantik 2 orang Juru Audit Dalaman dari kalangan anggota persatuan yang tidak menjadi angggota Jawatankuasa PIBG pada mesyuarat Agung Tahunan.
(b) Tanggungjawab Juru Audit Dalaman adalah seperti berikut:
i) Megaudit akaun persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan
ii) Menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Tempat Mesyuarat (Jika berlainan dari alamat berdaftar)
22. Mesyuarat persatuan dan Mesyuarat Agung Tahunan atau Tergempar hendaklah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Minyak atau tempat lain yang dicadangkan oleh Jawatankuasa PIBG dengan kelulusan Pegawai Pendidikan Daerah.
Korum
23. Korum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah Seperti berikut:
(a) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan
(b) Mesyuarat Jawatankuasa PIBG hendaklah tidak kurang dari 2/3 daripada jumlah bilangan anggota jawatankuasa PIBG.
Mesyuarat Agung Tahunan
24. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setia tahun sebelum akhir bulan Mac
25. Jika mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh baru yang dicadangkan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar, sebelum 31 Mac
26. Notis Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh mesyuarat.
27. Sekiranya korum untuk mengadakan Mesyuarat Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota persatuan memaklumkan tarikh baru mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut
28. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Ucapan Pengerusi;
(b) Membentangkan dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;
(c) Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan
(d) Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya.
(e) Membahaskan usul, jika ada;
(f) Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan;
(g) Pemilihan Juru Audit Dalaman;
(h) Ucapan penangguhan; dan
(i) Hal-hal lain
29. Apa-apa usul bertulis hendaklah disampaikan kepada jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk pembentangan dan perbincangan dalam mesyuarat Agung Tahunan.
30. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan persatuan. Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut:
(a) Anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam mesyuarat;
(b) Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan
(c) (c) Pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi. Calon yang mendapat undi terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.
Mesyuarat Agung Tergempar
31. Mesyuarat agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-kadaan berikut:
(a) Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;
(b) Atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota persatuan; atau
(c) Atas arahan Pendaftar
32. Mesyuarat Agung tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan permintaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukan kepada anggota persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.
33. Urusan mesyuarat Agung tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat itu diadakan
Laporan Mesyuarat
34. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.
35. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah dalam tempoh 30 hari selepas tarikh mesyuarat.
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
36. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan
37. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.
38. Yang Di-Pertua atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.
39. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaan dalam jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.
Punca-punca Pendapatan Persatuan
40. Punca-punca pendapatan persatuan adalah terdiri daripada:-
(a) Sumbangan anggota persatuan (anggota persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan)
(b) Derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain; dan
(c) Pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.
41. Jawatankuasa hendaklah membuka satu akaun di mana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama perstuan.
42. Apa-apa wang yang diterima atau diperolehi oleh persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Persatuan pada hari wang diterima atau diperolehi. Walau apapun peruntukan ini, Bendahari boleh menyimpan wang tunai yang tidak melebihi RM 100.00 (Ringgit malaysia Seratus sahaja) pada satu-satu masa.
Perbelanjaan Wang Persatuan
43. Jawatankuasa PIBG diberikuasa untuk membelanjakan wang persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid-murid SKKM yang tidak bercanggah dengan tujuan persatuan.
44. Segala cek atau penyataan pengeluaran wang daripada akaun persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Yang Di-Pertua atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.
45. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun persatuan sentiasa berbaki kredit.
46. Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM100.00 (Satu Ratus Ringgit Sahaja) pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatan Kuasa. Akaun bank itu HENDAKLAH di atas nama persatuan.
47. Semua urusan keewangan hendaklah di lakukan secara telus. Urusan pembelian melebihi RM500.00 hendaklah mendapat kelulusan Majlis Jawatan Kuasa PIBG terlebih dahulu sebelum pesanan pembelian di keluarkan.
48. Tahun kewangan Persatuan bermula 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun semasa.
Penyimpanan akaun Pendapatan dan Perbelanjaan
49. Penyata Kira-kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
50. Satu salinan penyata kira-kira kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam mesyuarat agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah dalam masa 30 hari selepas tarikh mesyuarat.
51. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, dan Guru Besar adalah dibenarkan memeriksa akaun persatuan pada bila-bila masa.
Harta Amanah Persatuan
52. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, atas namanya sendiri. Apa-apa harta yang sebelum tarikh perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh sekolah, sebagai harta yang diamanahkan oleh persatuan untuk digunakan bagi faedah murid-murid SKKM sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatan kuasa PIBG dari masa ke masa.
53. Apa-apa harta yang diamanahakan kepada sekolah tidak boleh dipindah milik atau dilupuskan dengan apa cara sekali pun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Pindaan Perlembagaan Persatuan
54. Apa-apa cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukan kepada Pendaftar, melalui Guru Besar untuk kelulusan terlebih dahulu.
55. Cadangan pindaan yang hendak dikemukan kepada Pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota persatuan yang hadir.
56. Pindaan kepada perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada pindaan diluluskan oleh Pendaftar, selepas diluluskan dalam mesyuarat Agung Tahunan.
57. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan oleh persatuan.
Larangan
58. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan sekolah, guru, kakitangan dan pekerja sekolah dengan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan sekolah.
59. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untuk membuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang, hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Guru Besar untuk kelulusan dan panduan.
60. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara persatuan dengan Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.
61. Persatuan tidak boleh bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa - Guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.
Tafsiran
62. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Guru Besar.
Pembubaran
63. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut:
(a) atas arahan bertulis daripada Pendaftar; atau
(b) Sekolah berhenti beroperasi.
64. Apa-apa wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar dan kegunaannya bagi manfaat pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana sekolah berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.
65. Guru Besar hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan ini telah dibubarkan.
=============*============

PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA
HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
JIL 42 No 7 26hb Mac 1998 TAMBAHAN No 24 PERUNDANGAN (A) P.U (A) 118
AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA-GURU) 1998
Pada menjalankan kuasa yabg diberikan oleh perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998
(2) Peraturan-peraturan ini hendaklah mula berkuatkuasa pada 26 Mac 1998
2. Peraturan-peratuaran ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain
"pemegamg-pemegang jawata" ertinya
(a) mana-mana orang yang telah dicalonkan dan dipilih oleh anggota Persatuan Ibu Bapa-Guru dalam mesyuarat agung tahunan atau
(b) mana-mana anggota yang dilantik oleh Yang Dipertua untuk menggantikan anggota jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru yang sebelum mesyuarat agung tahunan yang akan datang telah meninggal dunia atau meletak jawatan atau
(c) mana-mana orang yang telah dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan ini menjadi tanggungjawab Persatuan Ibu Bapa-Guru
"Persatuan Ibu Bapa-Guru" bererti persatuan yang ditubuhkan di bawah peraturan 4
"sekolah" bagi maksud Peraturan-peraturan ini ertinya sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
BAHAGIAN II
PENUBUHAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU
4. (1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam tiap-tiap sekolah suatu persatuan yang akan dinamakan sebagai Persatuan Ibu Bapa-Guru (kemudian disebut "Persatuan" yang terdiri daripada
(a) semua guru yang mengajar dalam sekolah itu
(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah itu dan
(c) Guru Besar atau Pengetua sekolah sebagai anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan
(2) Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar untuk menjadi anggota
(3) Tiap-tiap ibu bapa dan guru dalam sekolah hendaklah disifatkan sebagai anggota persatuan
(4) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, persatuan bukanlah suatu persatuan dalam erti mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran pertubuhan
5. (1) Tujuan-tujuan Persatuan ialah
(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah
(b) untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan kepentingan kebendaan murid-murid dalam kegiatn mereka
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan
(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untuk berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
(2) Kegiatan Persatuan hendaklah diarah kepada kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah ini di mana Persatuan ditubuhkan
(3) Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar sekolah, dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan anggota atau bukan anggota Persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh
(4) Persatuan dibenarkan mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada pendaftar
(5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah
(6) Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau kakitangan sekolah di mana Persatuan ditubuhkan atau PPD atau JPN Kementerian atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan
BAHAGIAN III
ORGANISASI DAN PENGURUSAN PERSATUAN
6. (1) Persatuan hendaklah ditubuhkan oleh Guru Besar dalam tiap-tiap sekolah
(2) Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa mengikut perlembagaan Persatuan