Pada 21 Januari 2016, Khamis satu majlis ringkas penyampaian insentif khas kepada para calon UPSR 2015 yang mendapat lulus keseluruhan telah diadakan oleh pihak PIBG SK Kg Minyak bagi menghargai kejayaan mereka.
Seramai 9 orang penerima insentif khas tersebut diraikan dalam majlis yang serba ringkas tetapi masih meriah. Tahniah diucapkan. Diharap, para penerima insentif tersebut dapat mengekalkan momentum kejayaan mereka di masa hadapan. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha di sekolah menengah untuk menggarap kejayaan. Masa pembelajaran masih panjang. -PIBG
0 Comments
Pada 20 Januari 2016, Rabu bersamaan 10 Rabiul Akhir 1437H, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa dan penyelarasan tugas MTQ Zon Sikuati Tahun 2016 telah diadakan dan dipengerusikan Guru Besar SK Kg Minyak, En Benanta bin Salleh. Dalam mesyuarat tersebut, satu majlis serah tugas ringkas diadakan daripada pihak pengelola MTQ Zon Sikuati 2015 kepada pengelola MTQ Zon Sikuati 2016 iaitu SK Kg Minyak. Maka secara rasminya SK Kg Minyak menjadi pengelola MTQ Zon Sikuati pada tahun ini. Dalam mesyuarat tersebut, tarikh bagi berlangsungnya MTQ Zon Sikuati telah ditetapkan pada 18 Februari 2016, Khamis bertempat di SK Kg Minyak. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Selain itu, ketetapan diambil bagi pengelola MTQ Zon Sikuati bagi tahun 2017 pula akan diamanahkan kepada SK Lodung manakala tahun 2018 SK Nangka. |
Berita / Aktiviti @SKKMBerita atau aktiviti yang melibatkan warga SKKM untuk tatapan semua. Arkib
October 2017
Tag |