Membaca jambatan ilmu. Melalui pembacaan, dapat mempertingkatkan dana pemikiran yang kreatif dan kritis di samping menambah pengetahuan baru.
Bersempena Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) 2015 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah tahun ini, daerah Kudat telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran KM1M peringkat negeri Sabah. Majlis pelancaran telah diaadakan di Dewan Tun Datu Mustafa, Kudat. Seramai 11 orang murid dan 3 orang guru dari SK Kg Minyak (SKKM) telah menghadiri majlis pelancaran tersebut. Serentak dengan itu, pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk melancarkan KM1M peringkat sekolah. KM1M peringkat SKKM dilancarkan oleh En. Hiskia Kuah, Penolong Kanan 1 mewakili guru besar. Kemudian, diikuti pula dengan slot membaca selama 33 minit 58 saat (2015 saat) bermula pada tepat pukul 10 pagi dan serentak seluruh negeri Sabah. Semoga dengan ada program seperti ini dapat manrik minat murid-murid untuk membaca dengan lebih aktif. Terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program KM1M secara langsung mahupun tidak langsung.
0 Comments
|
Berita / Aktiviti @SKKMBerita atau aktiviti yang melibatkan warga SKKM untuk tatapan semua. Arkib
October 2017
Tag |