Satu majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Kg Minyak Tahun 2015 telah diaadakan pada 19 November 2015 dengan kolaborasi antara guru-guru, ibubapa/penjaga dan murid-murid selain PIBG. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Wetrom Bahanda @ Muhammad Fikri Bahanda, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.
Selain meraikan murid-murid atas pencapaian mereka dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah, sekolah telah mendapat sumbangan khas daripada Y.Bhg Datuk Wetrom menerusi PIBG untuk kegunaan aktiviti dan pembagunan murid-murid dan sekalah dalam pelbagai aspek. Ribuan terima kasih atas sumbangan yang disampaikan oleh Y.bhg Datuk. Di sebelah malam, satu majlis makan malam anjuran sekolah dan PIBG diaadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa/penjaga menerusi PIBG dan pihak sekolah. Turut diraikan dalam majlis tersebut En. Hiskia Kuah, Penolong Kanan (pentadbiran) yang akan bertukar ke SRK Lajong sebgai PK (Pentadbiran) juga selain En Azlan Mat Saik yang telah bertukar dari sekolah ini dan berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kudat.
0 Comments
|
Berita / Aktiviti @SKKMBerita atau aktiviti yang melibatkan warga SKKM untuk tatapan semua. Arkib
October 2017
Tag |