Pada 21 Januari 2016, Khamis satu majlis ringkas penyampaian insentif khas kepada para calon UPSR 2015 yang mendapat lulus keseluruhan telah diadakan oleh pihak PIBG SK Kg Minyak bagi menghargai kejayaan mereka.
Seramai 9 orang penerima insentif khas tersebut diraikan dalam majlis yang serba ringkas tetapi masih meriah. Tahniah diucapkan. Diharap, para penerima insentif tersebut dapat mengekalkan momentum kejayaan mereka di masa hadapan. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha di sekolah menengah untuk menggarap kejayaan. Masa pembelajaran masih panjang. -PIBG Pada 20 Januari 2016, Rabu bersamaan 10 Rabiul Akhir 1437H, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa dan penyelarasan tugas MTQ Zon Sikuati Tahun 2016 telah diadakan dan dipengerusikan Guru Besar SK Kg Minyak, En Benanta bin Salleh. Dalam mesyuarat tersebut, satu majlis serah tugas ringkas diadakan daripada pihak pengelola MTQ Zon Sikuati 2015 kepada pengelola MTQ Zon Sikuati 2016 iaitu SK Kg Minyak. Maka secara rasminya SK Kg Minyak menjadi pengelola MTQ Zon Sikuati pada tahun ini. Dalam mesyuarat tersebut, tarikh bagi berlangsungnya MTQ Zon Sikuati telah ditetapkan pada 18 Februari 2016, Khamis bertempat di SK Kg Minyak. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian. Selain itu, ketetapan diambil bagi pengelola MTQ Zon Sikuati bagi tahun 2017 pula akan diamanahkan kepada SK Lodung manakala tahun 2018 SK Nangka. SK KG MINYAK Kudat telah menerima kedatangan warga baru bagi mengisi jawatan Penolong Kanan (Pentadbiran) iaitu Pn Sandra Liam (dari SRK Lajong) menggantikan En Hiskia Kuah yang bertukar ke SRK Lajong juga sebagai PK Pentadbiran menggantikan Pn Sandra di sana.
Tahniah diucapkan kepada Pn Sandra atas kesudian manjadi warga SKKM. Semoga SKKM dapat melonjakkan kejayaan demi kejayaan SKKM khususnya dalam akademik. Tidak lupa juga jutaan terima kasih atas sumbangan dan khidmat En Hiskia kepada pihak sekolah dan diharap dapat menyumbang juga kejayaan di sekolah baru. -Unit ICT
Satu majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Kg Minyak Tahun 2015 telah diaadakan pada 19 November 2015 dengan kolaborasi antara guru-guru, ibubapa/penjaga dan murid-murid selain PIBG. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Wetrom Bahanda @ Muhammad Fikri Bahanda, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu.
Selain meraikan murid-murid atas pencapaian mereka dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah, sekolah telah mendapat sumbangan khas daripada Y.Bhg Datuk Wetrom menerusi PIBG untuk kegunaan aktiviti dan pembagunan murid-murid dan sekalah dalam pelbagai aspek. Ribuan terima kasih atas sumbangan yang disampaikan oleh Y.bhg Datuk. Di sebelah malam, satu majlis makan malam anjuran sekolah dan PIBG diaadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa/penjaga menerusi PIBG dan pihak sekolah. Turut diraikan dalam majlis tersebut En. Hiskia Kuah, Penolong Kanan (pentadbiran) yang akan bertukar ke SRK Lajong sebgai PK (Pentadbiran) juga selain En Azlan Mat Saik yang telah bertukar dari sekolah ini dan berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kudat. Universiti Malaysia Sabah melalui pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah mengadakan "Promosi Kesihatan" bersama penduduk Kampung Minyak dan Kampung Terongkongan pada 3 Oktober 2015, Sabtu. Pihak SK Kg Minyak melalui Guru Besar telah diminta kebenaran oleh pelajar UMS untuk menggunakan fasiliti sekolah bagi menjayakan lagi program tersebut.
Satu majlis pengagihan bantuan kewangan KWAMP dan eKasih kepada ibubapa murid SK Kg Minyak telah diadakan pada 6 Mei 2015, Rabu dan telah disempurnakan sendiri oleh Guru Besar.
Sebanyak 14 keluarga layak menerima bantuan tersebut. Bantuan kewangan adalah bagi meringankan beban keluarga murid-murid untuk memperolehi kelengkapan persekolahan. Diharap, dengan bantuan tersebut dapat menyuntik semangat murid-murid dalam pembelajaran. |
Berita / Aktiviti @SKKMBerita atau aktiviti yang melibatkan warga SKKM untuk tatapan semua. Arkib
October 2017
Tag |